Lebih ramai wartawan dipenjara di China berbanding negara lain

NEW YORK: China memenjarakan sekurang-kurangnya 48 wartawan pada 2019, lebih ramai berbanding negara lain dan mengatasi Turki sebagai tempat paling menindas untuk kerjaya itu, kata laporan Committee to Protect Journalist hari ini.

Sekurang-kurangnya 250 wartawan dipenjarakan di seluruh dunia tahun ini, menurut laporan yang disediakan setahun tahun itu.

Angka tahun lepas adalah 255, kata laporan CPJ itu yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Angka di China meningkat sejak tahun lepas. Laporan itu berkata “angkanya naik sejak Presiden Xi Jinping mengukuhkan kawasan politik ke atas negara itu.”

“Tindakan keras di wilayah Xinjiang – di mana 1 juta daripada kumpulan etnik beragama Islam dihantar ke kem tahanan – membawa kepada penangkapan puluhan wartawan, termasuk beberapa orang yang nampaknya dipenjarakan untuk kegiatan kewartawanan pada tahun-tahun sebelum ini,” kata laporan itu.

Turki penjarakan 47 wartawan pada 2019, turun daripada 68 tahun lalu. Arab Saudi dan Mesir masing-masing 26 orang, Eritrea 16 orang, Vietnam 12 orang, dan Iran 11 orang juga negara-negara paling menindas untuk wartawan, kata laporan itu.

Ia berkata “autoritarianisme, ketakstabilan, dan tunjuk perasaan” tahun ini membawa kepada kenaikan bilangan wartawan yang dipenjarakan di Timur Tengah.

Kira-kira 8% daripada mereka yang dipenjarakan di serata dunia adalah wanita, turun daripada 13% tahun lepas, kata laporan itu.

Politik, hak asasi manusia dan rasuah antara subjek yang paling berkemungkinan menyebabkan wartawan dipenjarakan, katanya.

Laporan itu gambaran wartawan yang dipenjarakan pada 1 Dis setiap tahun, kata jawatankuasa itu.

Ia tidak termasuk mereka yang sudah dibebaskan lebih awal atau wartawan yang ditahan entiti-entiti bukan negara seperti kumpulan militan.