Nak kurus ke nak mati sampai tertelan tiub 30cm untuk jolok tekak

Sesetengah wanita terlalu obses memiliki tubuh menawan dan kekal kurus.

Dan inilah yang dilakukan seorang wanita berusia 22 tahun sehingga sanggup memilih jalan singkat untuk kurus tanpa diet dan bersenam.

Apa yang perlu dia lakukan hanyalah dengan memuntahkan secara sengaja dengan menjolok tekaknya menggunakan tiub.

Trend ini dilakukan di China dimana ada segelintir komuniti disana membincangkan “tips dan tricks” supaya mereka boleh turunkan berat badan dengan mudah.

Antaranya dengan memasukkan plastik yang panjang dan tipis ke dalam kerongkong untuk memuntahkan dengan sengaja.

Wanita tersebut pergi berunding dengan doktor pada 3 Disember lepas dan pada mulanya dia cuba tipu doktor dengan mengatakan yang dia tak sengaja tertelan straw.

Tapi doktor mula curiga apabila dia tertelan agak dalam.

Kemudian doktor melakukan x-ray dan mendapati ada objek selebar 1.9cm dan panjangnya 30cm didalam kerongkong wanita itu.

Ternyata ia bukan straw minuman dan terus menggesa wanita itu untuk berterus terang.

Wanita itu kemudiannya memberitahu doktor yang dia beli tiub itu secara atas talian dan digunakan untuk turunkan berat badan.

Dalam imbasan yang ditunjukkan tiub itu sudah masuk ke dalam perut.

Malah ada yang sudah terkena dekat dinding perut dan bahagian hujung satu lagi hampir-hampir terkena dekat kotak suaranya.

Selepas doktor keluarkan tiub itu, sekali lagi imbasan dilakukan dan mendapati ada ulser dalam perut dan kerongkongnya.

Menurut doktor dalam laporan China Press, ini adalah kes pertama apabila “tiub muntah” tertelan tanpa sengaja.

Malah doktor juga menasihati teknik tak sihat ini boleh menyebabkan kerosakan gastroesophageal dan pharyngeal mucosal.

Dalam jangka masa panjang, pesakit seperti ini juga boleh mengalami masalah neurologi dan juga pergerakan anggota tubuh yang tidak disengajakan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]