Tanah perkuburan khas untuk mangsa mati sebab plastik

Mungkin anda merasakan penggunaan plastik hanya satu isu kecil sahaja.

Malah anda juga merasakan yang ia tidak menjejaskan apa pun kerana kurangnya kesedaran alam sekitar pada diri sendiri.

Namun anda salah kerana sebanyak 50% daripada 6.4 juta tan sampah laut dilepaskan ke laut setiap tahun.

Dan sampah itu adalah daripada pembuangan plastik yang anda gunakan!

Menurut laporan NDTV, perkara ini menimbulkan ancaman serius kepada kehidupan marin kita.

Untuk rekod juga, hampir 120 mamalia laut termasuk ikan lumba-lumba, porpoise dan paus didapati mati di laut Mumbai dan sekitarnya.

Bangkai mereka terdampar ke persisir pantai dalam jumlah yang besar di pantai Goa dan Kerala.

Berikutan itu sebuah syarikat sukan air telah membina tanah perkuburan marin bagi mengingati kehidupan laut yang mati.

Ia sebagai tanggungjawab sosial bagi memberi kesedaran kepada alam sekitar disebabkan kecuaian kita.

Pada 4 Disember 2019 yang juga menjadi Hari Pemuliharaan Hidupan Liar Dunia, Tanah Perkuburan Marin pertama di dunia telah dibina sepenuhnya daripada botol plastik.

Ia mewakili masa depan hidup akuatik dan memberi amaran tentang apa yang akan berlaku kepada mereka.

Pemakaman ini bagi memberi penghormatan kepada lapan jenis spesies marin yang terancam.

Ia juga untuk mengingatkan tentang kesan daripada keegoan kita.

Jadi, adakah anda akan meneruskan penggunaan plastik yang menyebabkan kematian pada spesis-spesis ini?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]