Adakah tindakan PM India beri jaminan pada kebersihan di India?

Adakah tindakan PM India beri jaminan pada kebersihan di India?

Video Eco Society India memaparkan rakyat di negara itu membuang sampah secara besar-besaran di dalam sungai.

Apabila bercakap tentang kebersihan, pasti ramai membayangkan negara Jepun adalah contoh terbaik yang boleh diikuti.

Sedangkan ketika Taufan Hagibis melanda negara itu baru-baru ini, tiada sebarang sampah pun dilihat mengalir bersekali dengan banjir tersebut.

Ini kerana rakyat di Jepun secara asasnya sangat mementingkan kebersihan sekaligus mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam menjaga alam sekitar.

Namun perkara sebaliknya berlaku di India apabila video yang dimuat naik dalam Facebook Eco Society India memaparkan tentang pembuangan sampah secara terang-terangan di sungai tanpa rasa bersalah pada alam sekitar.

Video berdurasi 1 minit 50 saat itu menjelaskan yang masyarakat di sana tidak mempunyai sistem pembuangan sampah yang teratur sehingga menyebabkan mereka terus membuang sampah ke dalam sungai daripada lori-lori sampah yang ada.

Pembuangan sampah itu dibuat secara beramai-ramai oleh masyarakat India sendiri di mana sampah tersebut terdiri daripada bahan buangan plastik dan sisa makanan.

Akhirnya, hidupan marin di dalam laut sekali lagi terjejas kerana 50% daripada sampah tersebut menyebabkan kematian yang berpunca daripada plastik.

Video tersebut mendapat 15 juta tontonan dengan 280,000 kongsi dan 19,000 komen daripada netizen yang rata-ratanya marah tentang perkara itu.

Dalam hal ini, kesedaran sivik dalam masyarakat India masih lagi kurang tentang kebersihan dan pentingnya menjaga alam sekitar.

Mengukuhkan perkara itu, World Health Organisation (WHO) sebelum ini mencatatkan negara India menduduki tempat teratas dengan angka sebanya 626 juta orang membuang “hajat” di tempat terbuka seperti rumput, semak atau sungai.

Turut dilaporkan, masyarakat India juga melakukan perkara yang sama di 18 buah negara yang lain.

Maka atas sebab itu, Perdana Menterinya, Narendra Modi telah membina tandas sebanyak mungkin bagi menjaga kebersihan negara tersebut daripada dicemari perkara yang tidak sepatutnya.

Malah ia juga bertujuan bagi menjaga alam sekitar supaya berada pada keadaan yang lebih baik.

Ironinya, adakah segala langkah ini akan menjamin kebersihan pada negara tersebut sekiranya kesedaran dalam diri tentang kebersihan dan penjagaan alam sekitar masih berada pada tahap yang minima?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.