Bomba tubuh balai atas air pertama di Sabah

Bomba tubuh balai atas air pertama di Sabah

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, penubuhan balai atas air itu akan mempercepatkan respons terhadap kejadian kebakaran serta kecemasan lain.

Balai bomba atas air yang dibina dengan peruntukan RM200,000 di Semporna ini menempatkan seorang ketua balai, 3 anggota penyelia dan 20 anggota bomba bantuan. (Gambar Bernama)
SEMPORNA:
Balai Bomba dan Penyelamat atas air pertama Malaysia yang terletak di daerah ini memulakan operasi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, penubuhan balai atas air itu akan mempercepatkan respons terhadap kejadian kebakaran serta kecemasan lain.

“Jika respons dari darat ambil masa turunkan bot dan sebagainya. Bila ada balai atas air, respons akan lebih cepat.

“Di Sabah ini, kawasan penempatan atas air berisiko tinggi untuk kejadian kebakaran, terutama di pantai timur Sabah, utara Sabah dan sebahagian di pantai barat selatan,” katanya selepas majlis penghargaan bomba bersama media zon Tawau di sini.

Sementara itu, Kamarulzaman berkata, balai atas air yang dibina dengan peruntukan RM200,000 itu dilengkapi 3 bot, iaitu bot bavi memadam kebakaran, bot untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta bot EMRS.

Anggota bomba memadam bot nelayan yang terbakar ketika demontrasi menyelamat pada Perasmian Pelancaran Kempen Keselamatan Aktiviti di Air di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, pada 10 Nov lalu. (Gambar Bernama)

“Turut ditempatkan seorang ketua balai serta 3 anggota penyelia, selain 20 anggota dari pasukan bomba bantuan.”

Katanya, 20 anggota PBB itu merupakan penduduk setempat dan mendapat latihan kebombaan selama 5 bulan.

“Anggota PBB ini mempunyai pengetahuan tentang kawasan air dan mereka cuma respons di air.”

Terdahalu, Kamarulzaman dalam ucapan berkata, balai atas air itu akan menjadi contoh dan penentukuran kepada negeri lain.

Katanya, balai seumpama itu akan ditambah dan dibina di kawasan berisiko tinggi atas air.

“Kami akan usahakan (pembinaan) satu balai lagi, mungkin di bahagian utara pantai timur Sabah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.