
Seni sangat subjektif sehinggakan tiada siapa dapat menjangkakan apakah hasil seni yang akan dihasilkan oleh pengkarya ini.
Meskipun sebelum ini viral kisah sebiji pisang dengan pita pelekat dijual pada harga RM499,560 sebagai terlalu mahal kini muncul pula kisah sebiji durian yang dilekatkan di dinding sebuah kedai di Singapura berapa pula harganya.
Pertubuhan di Singapura mempersoalkan hal berkenaan selepas tular kisah hasil seni berasaskan pisang dan pita pelekat yang akhirnya dibeli pengumpul seni Perancis tetapi kemudiannya dimakan artis persembahan New York, David Datuna.
Karya dinamakan Comedian itu dihasilkan artis Itali, Maurizio Cattelan dan dipamerkan di galeri di Miami, Florida.

Bertajuk “Durian Tape To White Wall”, dengan tanda harga S$163,056 (RM499,100) dan kapsyen: “Ia umpama hasil seni tetapi baunya seperti kentut…Diabdikan di sini seni berasaskan durian bagi mengingati kepayahan nenek moyang kita. Pita pelekat itu melambangkan penindasan zaman penjajahan dulu”.
Tambah premis itu lagi, tanda harga itu termasuk pita pelekat dan durian Mao Shan Wang seberat 2.15 kilogram yang dijangka akan bertahan dalam masa tiga hari.
Pengurus 99 Old Trees, Kelvin Tan memberitahu The Straits Times, ia diinspirasikan daripada seni pisang dan pita pelekat yang dipamerkan di Miami.

Malahan, beliau juga tidak kisah jika ada pelanggan yang bertindak memakan durian di dinding premisnya itu.
“Tentu sekali kami tidak kisah, cuba berita buruknya adalah pita pelekat itu tidak kuat untuk menampung durian itu dan ia telah dijual pada harga kurang daripada S$163,056,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]