Pound melonjak susulan jangkaan Parti Konservatif peroleh majoriti pilihan raya UK
Pound didagangkan pada 1.3513 berbanding dolar AS dan 1.2067 berbanding euro, masing-masing meningkat sebanyak 2.40% dan 1.77%.
LONDON: Pound Britain melonjak pada Khamis malam selepas bancian suara menunjukkan Parti Konservatif berada di haluan yang betul untuk memenangi majoriti besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.
Pound didagangkan pada 1.3513 berbanding dolar AS dan 1.2067 berbanding euro, masing-masing meningkat sebanyak 2.40% dan 1.77%.
Keuntungan besar mata wang Britian itu berlaku sejurus keputusan bancian suara dikeluarkan oleh stesen penyiar utama Britain selepas beribu-ribu pusat mengundi di seluruh negara ditutup pada pukul 10 malam waktu tempatan.
Sentimen pasaran didorong oleh jangkaan bahawa dengan majoriti besar, pemimpin Parti Konservatif Boris Johnson akan dapat merealisasikan Brexit pada 31 Jan 2020 bagi menghentikan ketidakpastian yang melanda ekonomi sejak referendum Brexit pada 2016.
Berdasarkan temu bual di lebih 140 pusat pengundian, bncian suara meramalkan Parti Konservatif memperoleh 368 kerusi di Dewan Rakyat yang mempunyai 650 anggota, manakala pembangkang utama iaitu Parti Buruh dijangka memperoleh 191 kerusi.
Pound mengekalkan aliran tidak menentu dan menurun sehingga Khamis petang, jatuh dari paras tertinggi pada 1.3223 sebelah pagi kepada 1.3127 sebelah petang berbanding dolar AS.
Pemerhati pasaran berkata, prestasi pound boleh dikaitkan dengan kebimbangan sama ada Parti Konservatif akan meraih kemenangan majoriti.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Bob Mason, seorang penganalisis FX Empire, sebelum ini meramalkan kemenangan Parti Konservatif mungkin meletakkan pound pada tahap 1.35 berbanding dolar AS.