RON97 kekal hingga 20 Dis

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 kekal pada harga RM2.64 seliter sehingga 20 Dis ini.

Harga RON95 dan diesel juga kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel mulai 14 hingga 20 Dis ini sepatutnya RM2.34 serta RM2.32 seliter.

“Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.30 seliter pada minggu lepas.”

Tetapi, katanya, kerajaan tidak berbuat demikian dan anggaran subsidi yang perlu ditanggung dalam tempoh seminggu akan datang berjumlah RM111.44 juta.