Saham berkaitan Petronas jadi tumpuan pengurus dana
Pada penutup hari ini, Petronas Gas menokok 54 sen kepada RM16.94 dengan 14.5 juta saham diniagakan.
KUALA LUMPUR: Saham berkaitan Petronas menjadi tumpuan berikutan pengurus dana terus mendapatkan saham tersebut berikutan prospeknya yang baik.
Pada penutup hari ini, Petronas Gas menokok 54 sen kepada RM16.94 dengan 14.5 juta saham diniagakan.
Kaunter tersebut melonjak RM1.06 kepada RM16.40 ketika ditutup semalam.
Petronas Chemical naik 17 sen kepada RM7.20, namun, Petronas Dagangan susut 24 sen kepada RM23.54.
Petronas menjual kepentingannya yang besar di kaunter itu dan menerima jumlah melebihi RM5 bilion. Ini menyebabkan lebih banyak apungan bebas di kaunter ini.
“Pengurus dana melihat peluang untuk memperolehi sebahagian daripada Petronas melalui proksi syarikat ini,” kata penganalisis.
Awal minggu ini, Petronas dilapor menyelesaikan urus niaga blok ke atas sahamnya dalam MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Gas Bhd.
Firma minyak nasional itu menjelaskan, dagangan blok itu dipasarkan kepada dana institusi Malaysia dan dijalankan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan portfolio Petronas.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam temu bual dengan Reuters baru-baru ini berkata, Malaysia mempertimbang untuk menjual kepentingan dalam Petronas kepada negeri di mana terletaknya lapangan minyak dan gas syarikat itu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Cadangan itu dialu-alukan oleh Terengganu yang akan mempertimbang untuk membeli kepentingan dalam Petronas sekiranya ia dijual dalam bentuk ekuiti munasabah, manakala Sarawak mahukan butiran lebih lanjut mengenai tawaran itu sebelum memaklumkan pendiriannya.