Bomba terima panggilan ‘binatang buas’ dalam almari rupanya serangga

Terkejut dan geli hati. Itulah yang terlintas di fikiran setelah melihat perkongsian yang tular di media sosial.

Perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Twitter @999Malaysia ini memaparkan beberapa keping gambar “binatang buas” yang berjaya dibunuh oleh pihak Bomba Alor Setar.

Kejadian difahamkan berlaku di Anak Bukit, Alor Setar.

Rupa-rupanya, “binatang buas” yang diperkatakan itu hanyalah seekor lalat yang terperangkap di dalam almari tersebut.

Menurut caption di perkongsian tersebut, anggota bomba yang hadir ke tempat kejadian lengkap dengan alatan untuk menangkap binatang buas tersebut namun binatang yang ingin ditangkap tidak seperti yang digambarkan.

Susulan dengan penularan gambar-gambar tersebut, rata-rata netizen terhibur dan berjenaka mengenai penemuan “binatang buas” tersebut.

Bagaimanapun, diharapkan orang ramai lebih peka supaya perkara sebegini tidak berulang lagi.

Nampak kelakar tapi sebenarnya tugas anggota bomba adalah untuk tujuan kecemasan sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]