X70 mula pengeluaran di Tanjung Malim tahun depan

Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C premium paling popular di Malaysia sememangnya menjadi pilihan orang ramai buat masa kini.

Sehinggakan kenderaan ini dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.

Susulan sambutan tersebut itu juga, syarikat ini mengesahkan Proton X70 keluaran 2020 bakal dipasang di Tanjung Malim, Perak melalui projek pelaburan pembangunan fasiliti bernilai RM1.2 bilion.

Ia bertujuan bagi mengurangkan kos import kereta ini yang dipasang di luar negara.

Jadi mungkin selepas ini model Proton X70 ditawarkan pada harga yang lebih rendah kerana kos pembuatannya lebih rendah hanya dalam negara.

Sejak Proton X70 dilancarkan pada 12 Disember 2018, ia menjadi model termahal yang ditawarkan syarikat ini dan hadir sebagai model kedua paling popular sepanjang tahun ini.

Manakala Proton Saga muncul sebagai kereta pilihan pengguna Proton dengan jumlah penjualan sebanyak 34,422 unit setakat November ini.

Selain itu, Proton X70 keluaran 2020 dijangka bakal ditawarkan di beberapa negara lain seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Pakistan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]