PRK Kimanis pada 18 Jan

PRK Kimanis pada 18 Jan

SPR menetapkan hari pencalonan pada 4 Jan dan pengundian awal pada 14 Jan ini.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis akan diadakan pada 18 Jan ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam sidang media di sini hari ini berkata, penamaan calon akan diadakan pada 4 Jan dan pengundian awal pada 14 Jan ini.

Ia akan menjadi PRK ke-10 yang diadakan selepas pilihan raya umum pada Mei tahun lalu.

Kerusi Kimanis kosong selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos lalu yang mengisytiharkan kemenangan bekas menteri luar, Anifah Aman pada PRU tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Kerusi Parlimen itu dimenangi Anifah atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti tipis 156 undi menewaskan calon Warisan, Karim Bujang yang meraih 11,786 undi dan calon Parti Harapan, Jaafar Ismail yang memperoleh 1,300 undi.

Anifah meninggalkan Umno pada 19 Sept 2018 atas alasan parti itu gagal memenuhi tuntutan hak Sabah dan beliau kemudian menjadi wakil rakyat bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.