Bill Gates kesal rugi RM1.66 trilion tidak rebut platfom Android

Semua orang secara tidak langsung pasti perlu mengetahui secara asas mengenai penggunaan komputer atau komputer riba.

Dan pelajaran asas yang perlu mahir tentulah perisian Microsoft tidak kiralah sama ada Word atau Excell, ini kerana banyak penggunaannya dalam kehidupan masa kini.

Tanpa kita sedari syarikat teknologi Microsoft kini sudah melangkah tahun ke-44 operasinya.

Apabila sebut sahaja mengenai Microsoft sudah pasti semua tahu siapa Bill Gates yang suatu ketika mendapat gelaran manusia terkaya dunia.

Melalui sebuah wawancara baru-baru ini, Bill Gates secara terbuka meluahkan penyesalan terbesar yang gagal dikecapi Microsoft.

Kenyataan yang dibuat Gates ini ternyata mengejutkan ramai apabila beliau dilihat sudah lama tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai mengenai hala tuju Microsoft selepas melepaskan jawatan pengurus syarikat tersebut pada 2014.

Menurut beliau, penyesalahan atau kesalahan terbesar Microsoft dan dirinya adalah tidak bersungguh-sungguh mendapatkan platfom Android sebelum disambar oleh Google.

Untuk pengetahuan, Android merupakan sebuah syarikat kecil yang menawarkan sistem operasi secara perisian terbuka.

Kegagalan Microsoft mendapatkan platfom Android atau membangunkan platform seumpama Android sekaligus membuatkan mereka hilang peluang untuk menguasai bisnes bernilai RM1.66 trilion berdasarkan nilai Android ketika ini.

Menurutnya lagi, berdasarkan modal besar yang dimiliki Microsoft, peluang Microsoft untuk mendapatkan Android serta menjadi pencabar terdekat Apple adalah sangat besar.

Kenyataan yang dibuat ini sekaligus membuatkan orang ramai berbincang mengenai kegagalan Windows Phone yang tidak mampu menarik perhatian ramai untuk menggunakannya.

Ketika ini Bill Gates berada di tangga ketiga individu terkaya dunia selepas menderma lebih RM145 bilion kepada yayasan Bill & Melinda Gates.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]