Parlimen menuju 100 hari bersidang, kata Maria Chin

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memenuhi janji manifestonya untuk mencapai 100 hari Parlimen bersidang, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Berucap dalam satu sesi bual bicara santai di Badan Peguam Malaysia, Maria berkata Parlimen dijangka bersidang selama 77 hari pada Mac tahun depan berbanding 68 hari pada sesi lepas, yang berlangsung dari Oktober hingga Disember.

“Sejujurnya, ia bukanlah sesuatu yang saya nantikan,” selorohnya sambil disambut tawa hadirin.

Tambahnya, PH menuntut Parlimen bersidang selama 100 hari iaitu 52 hari pada 2017 dan 58 hari pada 2018.

“Tahun depan kita akan lihat Parlimen bersidang selama 77 hari. Ini peningkatan sebanyak 30%,” katanya.

Jelasnya, ia bertujuan untuk memberi ruang kepada sesi soal jawab terutamanya sesi soal jawab menteri.

“Kali ini, 15 hingga 18 soalan untuk 1 jam.”

Terdahulu, hari ini, Maria dijemput ke sesi bual bicara Direct Talk Series anjuran badan itu.

Sementara itu, Maria berkata perubahan-perubahan di Parlimen menunjukkan gabungan pemerintah melaksanakan reformasi sistem.

“Kini lebih berstruktur. Kita ada 11 jawatankuasa. Termasuk PAC, keseimbangan gender, reformasi pilihan raya dan sebagainya,” katanya.