
“Saya bimbang tentang hartanah banyak tidak terjual. Kerajaan perlu tanganinya. Jika ada pembeli, maka tidak apa,” kata bekas menteri kewangan itu kepada pemberita ketika ditanya mengenai penerusan projek itu yang diumumkan semalam.
Daim diundang untuk berucap ke Siri Kuliah Tunku Abdul Rahman ke-29 hari ini.
Beliau berkata masyarakat maklum akan masalah hartanah tidak terjual itu, dan menambah kerajaan berkata nilainya lebih RM20 bilion.
“Mereka sangat bimbang sekarang. Bukan saya kata. Kerajaan yang kata.”
Ditanya adakah projek Bandar Malaysia boleh memburukkan masalah itu, Daim menjawab: “Anda tak bangunkan sesuatu kecuali sudah ada pembeli”.
BERITA LANJUT MENYUSUL