Keputusan undian Dewan Perwakilan AS: Trump didakwa salah guna kuasa

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar AP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump didakwa menyalahgunakan kuasa dalam undian yang dilakukan di Dewan Perwakilan hari ini, yang akan membawanya ke perbicaraan di Senat pada Januari depan.

Dengan undian 230 berbalas 197 di dewan yang majoritinya Demokrat itu, Trump yang juga Presiden Republikan menjadi penghuni Rumah Putih ke-3 yang didakwa dalam sejarah AS.

Undian hari ini adalah untuk artikel pertama daripada 2 artikel pendakwaan penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres, yang menuduh presiden AS ke-45 itu menekan Ukraine untuk mengumumkan siasatannya yang boleh menjatuhkannya pesaing politiknya.

Undian dibuat selepas 6 jam perdebatan antara Demokrat dan Republikan.

Hampir semua Demokrat dilaporkan menyokong artikel tersebut.