
Pengerusi Eksekutif Ibrahim Ahmad berkata kumpulan katering dalam penerbangan itu, yang mencatat kerugian dalam tahun kewangan lepas dan separuh pertama tahun ini, kembali mencatat keuntungan pada suku berakhir 30 Sept, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.2 juta berbanding kerugian RM9 juta pada tahun sebelumnya.
Beliau menyuarakan harapan prestasi suku akhir tahun ini lebih kukuh dan kedudukan BHB akan lebih baik tahun depan.
“Syarikat itu merancang mengemukakan pelan regularisasi kepada Suruhanjaya Sekuriti pada Februari depan, tertakluk kepada kelulusan sebelum meneruskan prosiding dengan syarat seterusnya.
“Kami perlu mencatat keuntungan 2 suku berturut-turut selepas itu sebelum kami dapat keluar daripada status PN17,” katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai unjuran syarikat itu hari ini.
Tahun ini, katanya kumpulan itu memperoleh 5 kontrak baru katering makanan, termasuk dari Royal Brunei Airlines, KLM dan Starlux Airlines, dengan 3 atau 4 kontrak lagi dalam perancangan.
Brahim dimasukkan dalam status PN17 pada Mac tahun ini selepas ekuiti pemegang sahamnya pada asas yang disatukan untuk suku ke-4 berakhir 31 Dis 2018, susut bawah 25% modal terbitannya, kurang daripada RM40 juta.