Hawaii: Helikopter pelancongan terhempas, 6 mayat ditemui

Hawaii: Helikopter pelancongan terhempas, 6 mayat ditemui

Helikopter membawa 7 penumpang, termasuk seorang juruterbang dan kanak-kanak itu sepatutnya kembali ke lokasi berlepas selepas membawa penumpang bersiar-siar di pulau Kauai pada Khamis.

Pada Jumaat, Jabatan Polis Kauai, Hawaii berkata, pasukan penyelamat menemui bangkai helikopter terbabit dan menemui 6 mayat. (Gambar AP)
MOSCOW:
Enam mayat daripada 7 penumpang helikopter pelancongan yang terhempas di pulau Kauai, Hawaii ditemui anggota penyelamat, kata ketua Jabatan Bomba Kauai, Salomo Kanoho, lapor agensi berita Sputnik.

Helikopter yang membawa 7 penumpang, termasuk seorang juruterbang dan kanak-kanak itu sepatutnya kembali ke lokasi berlepas, selepas membawa penumpang bersiar-siar di pulau Kauai pada Khamis.

Pada Jumaat, Jabatan Polis Kauai berkata dalam satu kenyataan, pasukan penyelamat menemui bangkai helikopter tersebut.

“Kami menemui 6 mayat,” kata Kanoho lapor NBC News.

Beliau menambah operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan, tetapi “untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.