Wanita pelik berkahwin dengan pokok, karpet, selimut

Sememangnya hujung tahun menjadi pilihan ramai untuk mendirikan rumahtangga.

Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada ahli keluarga dan para tetamu untuk datang pada majlis perkahwinannya nanti.

Namun ada beberapa majlis perkahwinan yang pelik kerana tiada suami atau isteri di sisi. Yang ada hanyalah pokok, karpet dan macam-macam lagi benda pelik.

Walaupun dilihat tidak munasabah dan tidak masuk akal, namun inilah wanita yang sanggup semati dengan objek tersebut.

1. Pokok

Menurut portal Metro UK, wanita bujang di Mexico dilaporkan berkahwin dengan pokok kerana ingin memelihara sumber alam semula jadi.

Upacara perkahwinan yang berlangsung di San Jacinto, Amilpas di wilayah Oaxaca, Mexico, ini dilakukan sebagai satu inisiatif bagi membanteras kegiatan pembalakan haram yang semakin meningkat di wilayah tersebut.

2. Karpet

Seorang wanita berusia 26 tahun melangsungkan perkahwinan bersama-sama karpet kesayangannya yang diberi nama “Mat”.

Bekki Cocks yang juga merupakan ibu tunggal kepada dua anak ini sangat menyayangi Mat kerana karpetnya itu sering menjadi pendengar setianya.

Menurut laporan The Sun UK, Bekki memberitahu yang dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Mat di sisi dan berjanji akan menyintai “pasangannya” sehingga akhir hayat.

Bekki turut berkongsi yang dia tidak sabar untuk menyambut perayaan Krismas bersama Mat.

Bagaimanapun, terdapat sumber mengatakan perkahwinan ini adalah untuk mempromosikan produk penjagaan rumah, Dr Beckmann.

3. Lampu chandelier

Amanda Liberty atau nama sebenarnya Amanda Whittaker bercinta dengan lampu chandelier berikutan sikap obsesnya kepada “Statue of Liberty”.

Memiliki 25 koleksi lampu gantung, wanita berusia 35 tahun itu mengakui jatuh cinta dengan sebuah lampu yang berusia 91 tahun yang dibelinya menerusi laman membeli-belah dalam talian eBay.

Amanda memberikan nama Lumiere kepada cinta hatinya dan mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya itu.

Menurut Amanda, dia tahu ramai yang menganggap dirinya pelik kerana tertarik dengan lampu, tetapi mengakui dirinya bukan seorang yang gila dan hanya mengikut kata hatinya

4. Selimut

Seorang wanita berusia 49 tahun berkahwin dengan cinta hatinya, selimut di Rougemont Gardens di Exeter, Devon pada 10 Februari 2019.

Pascale Sellick nekad mengahwini “pasangannya” kerana mendakwa selimut adalah hubungan paling intim, boleh dipercayai dan merupakan rakan pelukan terhebat yang pernah dimilikinya.

5. Permainan taman tema

Amy Wolfe menyedari yang dirinya mula jatuh cinta dengan permainan taman tema sejak umur 13 tahun.

Akhirnya Amy berkahwin dengan 1001 Nachts iaitu sebuah permainan taman tema permaidani 80 kaki yang terdapat di taman tema Knoebels.

Wanita ini juga sanggup menukar namanya kepada Amy Wolfe Weber, di mana “Weber” merupakan nama pengilang bagi permainan tersebut.

Selain kisah di atas, terdapat banyak lagi perkahwinan pelik yang berlaku di dunia ini.

Antaranya kisah Amanda Rodgers yang berkahwin dengan anjing peliharaannya iaitu baka Sheba pada Ogos 2012 dalam satu majlis perkahwinan di Split, Croatia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]