Program subsidi ditangguh, sesi penerangan diteruskan

PETALING JAYA: Pelaksanaan Program Subsidi Petrol yang sepatutnya bermula Januari 2020 ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Ia bagi memberi ruang kepada sesi penerangan dan penjelasan diteruskan untuk memahamkan rakyat agar menerima program itu.

Ia juga bagi memberi ruang kepada proses pendaftaran penerima daripada kumpulan berpendapatan 40 peratus menengah (M40).

“Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin Nasution Ismail.

Program subsidi petrol bersasar itu antara janji manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan kemudian dibentangkan pada Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guang Eng pada November tahun lepas.