Nikmati teh ‘air tangan’ robot dan menang baucar I-City Water World

I-City menyahut seruan revolusi 2020 dengan membawa teknologi baru mesin teh pertama di Malaysia.

Robot barista yang mampu menghasilkan minuman sebahagian daripada revolusi robot yang berpotensi menggantikan tenaga kerja manusia di barisan hadapan perniagaan dan membuka peluang buat usahawan.

Bayangkan robot yang berkebolehan untuk menghasilkan “pearl milk tea”, “grass jelly milk tea”, dan “green tea” sepertimana yang anda tetapkan pada papan pemuka, dan lebih diyakini kebersihannya.

Dengan kepesatan teknologi robot hari ini, I-City menawarkan mesin barista bagi restoran dan kafe yang mahu melabur dalam automasi.

Dengan dua variasi iatu Milk Tea Lab dan Milk Tea Station, ia menampilkan kelainan dan tarikan tersendiri kepada pengunjung.

“Ini adalah sasarannya, kita membawa satu teknologi baru dalam bidang minuman dimana robot yang buat air untuk para pelanggan. Ia memang menarik dan menjadi salah satu tarikan di I-City ini,” kata Pengarah Pemasaran Digital, Fabian Khaw kepada FMT.

Fabian berkata manfaat daripada pelaburan awal dalam teknologi robot ini adalah keyakinan pelanggan.

“Bukan bermakna kita tidak mahu menggunakan tenaga manusia, tapi dalam hal ini kami sangat mementingkan kebersihan yang perlu dijaga kerana minuman ini untuk pelanggan,” katanya.

Milk Tea Lab dihasilkan dengan konsep berwarna putih seperti makmal dan mesin teh pula bertindak sebagai ‘saintis’.

Setakat ini, I-City menampilkan 2 robot dengan konsep berbeza iaitu “Milk Tea Lab” dan “Milk Tea Station”.

Milk Tea Lab berbentuk kapsul gergasi yang diilhamkan daripada makmal seorang saintis makanan. Di dalamnya terdapat tangan pintar dan alatan membuat air.

Manakala, Milk Tea Station pula tangan pintar yang disambungkan dengan skrin yang akan menyambut pelanggan yang mahu membuat pesanan.

Setakat ini, robot-robot ini mampu menyediakan 16 perisa teh dengan pelbagai “topping”.

“Apa yang pelanggan perlu lakukan hanya membuat pesanan di tablet yang disediakan dan hanya menunggu minuman tersebut siap dalam masa 2 minit.

“Anda juga pasti terhibur dengan setiap pergerakan robot yang anda mungkin tidak pernah lihat sebelum ini,” ujarnya.

Pengarah Pemasaran Digital, Fabian Khaw mensasarkan perniagaan teknologi baru dikembangkan oleh usahawan muda yang berminat dalam bidang automasi.

Fabian mengalu-alukan usahawan yang mahu membuka perniagaan sendiri mencuba robot barista ini, yang boleh dikawal dari jauh (remote).

“Kita beri peluang kepada semua khususnya anak muda yang ingin buka bisnes,” katanya.

“Mereka boleh berjumpa dengan kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kita akan menjelaskan tentang pakej yang mereka boleh ambil dalam perniagaan ini.”

Anda boleh melihat sendiri kehebatan robot ini di UG, Central Walk I-City Shah Alam setiap hari bermula 2 petang hingga 11 malam.

Menghasilkan minuman teh dengan pelbagai ‘topping’ dalam masa 2 minit 30 saat, ia pasti membuatkan pelanggan teruja dengan kecanggihannya.

I-City menawarkan 10 baucar percuma untuk dimenangi pembaca FMT Ohsem.

Sila layari laman sosial Facebook FMT Ohsem serta di laman sosial Instagram dan menjawab soalan yang diberikan.

1 : Berapakah jenis mesin robot yang ada di I-City, Shah Alam dan namakan.
2 : Berapakah anggaran masa yang ditetapkan untuk menyiapkan secawan air?
3: Mesin kopi yang menggunakan robot adalah terbaik kerana……
Tarikh tutup penyertaan adalah 14 Januari 2020

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]