AS cemas China penjarakan pastor ‘gereja bawah tanah’

China menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun ke atas Pastor Wang Yi (kiri). (Gambar AP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam cemas dengan perbicaraan dan penghukuman 9 tahun penjara ke atas pastor salah satu gereja tidak berdaftar di China.

Wang Yi, dari Gereja Early Rain Covenant di bandar Chengdu, China antara puluhan yang ahli gereja yang ditahan polis pada Disember 2018, kebanyakannya kemudian dilepaskan.

Wang dikenakan hukuman penjara kelmarin atas tuduhan menghasut subversi kuasa pemerintah, sebahagian daripada tindakan keras Beijing terhadap kumpulan-kumpulan agama tak berdaftar.

“Kami cemas Pastor Wang Yi dibicarakan secara rahsia dan dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun berhubung sokongannya kepada kebebasan beragama,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Morgan Ortagus dalam kenyataan yang menyeru pembebasan pastor itu dengan segera tanpa syarat.

“Ini satu lagi contoh Beijing menindas penganut Kristian di China dan penganut agama lain,” kata kenyataan itu. “Kami akan terus menyeru Beijijng mendukung komtimen dan janji-janji perlembagaannya iaitu kebebasan beragama untuk semua.”

Perlembagaan China menjamin kebebasan beragama tetapi sejak Presiden Xi Jinping mengangkat sumpah 6 tahun lalu, kerajaan mengetatkan sekatan ke atas agama yang dilihat mencabar kuasa parti komunis yang memerintah.

Kerajaan mengambil tindakan keras terhadap gereja-gereja bawah tanah, baik Protestan mahukan Katolik, dan memperkenalkan undang-undang memantau pendidikan agama dan amalannya, memperuntukkan hukuman lebih keraas terhadap amalan-amalan yang tidak mendapat persetujuan pihak berkuasa.

Undang-undang China menetapkan rumah-rumah ibadat harus berdaftar dan dipantau kereajaan, tetapi terhadap beberapa kumpulan yang enggan berbuat demikian, atas pelbagai sebab, dan dikenali sebagai “gereja bawah tanah”.

Wang secara terbuka mengkritik Xi dan antara 3 penganut Kristian di China yang terbang ke Washington pada 2006 dan bertemu presiden ketika itu, George W Bush, meminta sokongannya pada perjuangan mereka menuntut kebebasan beragama.