Nikmati hidangan bufet di Sunway Putra Hotel sempena Tahun Baru Cina

Hampir 50 hidangan disajikan kepada mereka yang memilih untuk sambut Tahun Baru Cina di Sunway Putra hotel.

Selepas berlalunya Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru, kini tinggal 24 hari lagi kita akan meraikan perayaan Tahun Baru Cina.

Sememangnya sudah menjadi tradisi Masyarakat Cina untuk memastikan semua ahli keluarga berkumpul pada malam Tahun Baru Cina untuk makan bersama.

Seiring dengan tahun baru 2020, Sunway Putra Hotel yang mula menyedari perubahan gaya hidup di mana masyarakat Cina lebih gemar makan besar atau menikmati “Reunion Buffet” di Hotel memastikan sajian yang disediakan sama seperti sajian tradisi kaum itu seperti kebiasaan masak di rumah.

Makan malam bufet di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ini ditawarkan pada 24 Januari 2020 bermula dari 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga RM108 setiap orang dan separuh harga untuk warga tua dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Bagi mereka yang membuat tempahan awal iaitu dari sekarang hingga 10hb Januari 2020, bufet ini hanya berharga RM88 bagi setiap orang.

‘Deep fried Siew Mai’, wantan udang dan udang celup tepung antara pembuka selera yang menggiurkan.
‘Seafood rolled in platter’ pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Pelbagai salad turut dihidangkan sebagai pembuka selera.

Hidangan bermula dengan pelbagai sajian menarik seperti “chilli mayo crabmeat & salad jagung grilled”, salad ayam dengan dressing Asia, salad mini octopus, makanan laut seperti Tiram, “Green Mussels” dan Udang Harimau.

Kesemua hidangan ini boleh dimakan bersama Wedges Lemon dan Tabasco Sauce, dan beberapa lagi makanan pembuka selera yang lebih enak!

Hidangan panas lazat seperti sup “Szechuan crabmeat hot & asyik” dan sup ayam dengan ginseng turut disediakan.

Kelembutan ‘meatloaf’ bersama sos yang dibuat khas oleh barisan chef di Sunway Putra hotel sememangnya membuat sesiapa sahaja yang makan tidak cukup dengan 1 kepingan.

Manakala di “craving station” dihidangkan “meetloaf” bersama dengan sos khasnya.

Kelembutan daging hasil adunan barisan chef di Sunway Putra hotel ternyata tiada tandingannya.

Masakan tradisional Cina tidak akan lengkap jika tidak mempunyai hidangan daripada “Must-try Chef” seperti “black pepper beef”, ikan kukus dengan sos soya superior, udang goreng dengan sos khas pedas, “sea cucumber and mushroom stew on Brassica” dan beberapa lagi hidangan.

‘Chinese style black pepper beef’ mempunyai sentuhan rasanya yang tersendiri dengan kepedasan lada hitam.
‘Steamed fish with superior soya sauce’ sememang menu wajib dalam mana-mana hidangan masyarakat Cina.

Untuk hidangan yang lain daripada lain, Sunway Putra Hotel turut menyajikan hidangan seperti “western chicken pan-seared dengan ragout saus cendawan” dan “grilled lamb with mint pommery mustard sauce”, kambing masala klasik India dan juga hidangan kegemaran Jepun seperti “BBQ chicken teppanyaki” dan ia merupakan sebahagian daripada kaunter tumpuan hidangan.

Bagi bufet pencuci mulut anda tidak harus melepaskan peluang untuk menikmati seperti kek almond, kek keju coklat halia, kek coklat kacang hijau, “mango tiramisu”, kek lemon velvet, kek lapis dragonfruit, dan pencuci mulut tradisional masyarakat Cina “Lotus Pancake” dan pelbagai kuih muih tradisi.

‘Mango tiramisu’, ‘Red dragon layered cake’, ‘coconut lemon velvet’ antara kek yang ditampilkan dengan rasanya yang berbeza.
Buah-buahan segar bersama puding menjadi pencuci mulut terhebat di Sunway Putra hotel.

Menurut pengurus F&B Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, A. Pathmanath pemilihan menu berdasarkan citarasa rakyat Malaysia yang gemar mencuba makanan pelbagai bangsa.

“Kami mencipta menu selepas mempertimbang banyak aspek termasuk rakyat Malaysia kini yang meraikan semua musim perayaan.

“Oleh itu, kami tidak hanya menambah masakan Cina untuk menarik semua pencinta makanan untuk mencuba bufet kami, tetapi pilihan seperti ‘Nyonya Style Curry Laksa Noodle Sup’, ‘Indian Chicken Curry’, dan Asam Kerabu dengan ‘Bali Lime’,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan buffet makan mala mini pasti akan menjadi lebih menarik kerana dikelilingi pemandangan panorama Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Malah ia juga sesuai bagi mereka yang sukakan “insta-worthy” sambil menikmati hidangan.

Restoran Gen Japanese mampu memuatkan sehingga 300 tetamu pada satu masa ini terletak di aras 10 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Untuk tempahan, pertanyaan atau pembelian baucar, anda boleh menghubungi 03-4040 9888 sambungan 9038 atau e-mel di [email protected]

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]