Insiden tembakan pada malam Tahun Baru, 11 maut di seluruh AS

Tahun 2019 menyaksikan korban tertinggi dalam insiden tembakan di AS sejak tahun 1970-an, dengan lebih 210 orang dilaporkan terbunuh dalam 41 insiden. (Gambar fail)

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam insiden tembakan pada malam Tahun Baru di seluruh Amerika Syarikat, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media tempatan pada Rabu.

Menurut akhbar USA Today, kebanyakan insiden berlaku di kelab malam dan bar.

Dua orang dilaporkan ditembak mati di sebuah kelab di Orlando, dua lagi di Lubbock di Texas, 4 di St Louis, seorang di Des Moines, Iowa dan 2 lagi di Philadelphia.

Tahun 2019 menyaksikan korban tertinggi dalam insiden tembakan di AS sejak tahun 1970-an, lapor USA Today.

Lebih 210 orang dilaporkan terbunuh dalam 41 insiden.