KFC Jepun rai majlis kesyukuran harga ayam

Jarang sekali kita mendengar orang yang tidak gemar makan ayam, malah ia menjadi kesukaan setiap lapisan masyarakat seluruh dunia.

Ada yang lebih obses, mereka menjadikan ayam sebagai makanan kewajipan pada setiap hidangan.

Begitu juga dengan Kentucky Fried Chicken (KFC) Jepun mereka turut mempercayai bahawa ayam memberi segala kenikmatan pada makanan yang mereka sajikan kepada orang ramai.

Menurut laporan Time.com, kepercayaan itu dibuat kerana hidangan ayam itu kekal bertahan sehingga ke zaman kini.

Berikutan itu, KFC Jepun akan melakukan upacara pelik iaitu majlis kesyukuran bagi menghormati ayam.

Menariknya, upacara ini diadakan sejak 1974 iaitu empat tahun selepas KFC Jepun diasaskan.

Ia dinamakan sebagai Hari Kesyukuran Ayam.

Selain presiden KFC Jepun, kakitangan dalam jualan dan rantaian bekalan, maskot makanan Kolonel Sanders juga akan membuat penampilan di festival ini.

Majlis kesyukuran yang dijadualkan berlaku pada bulan Jun diadakan di Kuil Sumiyoshi Osaka dan Higashi-Fushimi Inari Shrine di Tokyo.

Ini adalah cara bagi syarikat itu untuk menunjukkan penghormatan terhadap 22 juta ayam yang disembelih setiap tahun.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]