Rakyat Malaysia di Australia dinasihat tangguh perjalanan ke kawasan terjejas akibat kebakaran hutan

New South Wales, Victoria dan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT) antara yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan di negara itu. (Gambar AP)

PUTRAJAYA: Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di Australia supaya menunda perjalanan ke kawasan terjejas akibat kebakaran hutan sehingga situasi bertambah baik.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata nasihat itu dikeluarkan berikutan pengumuman darurat 7 hari oleh pihak berkuasa New South Wales bermula 3 Jan kerana kebakaran menjejaskan banyak kawasan di Australia, terutama di pantai timur negara itu.

Selain New South Wales, kawasan lain yang terjejas teruk termasuk Victoria dan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT).

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia yang kini berada dalam kawasan terjejas supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan wilayah.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Pejabat Konsulat Malaysia di Melbourne atau Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney seperti butiran berikut:

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra
7 Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Canberra, Australia
Telefon: +61261200300/310 atau +61416334901
Emel : [email protected]

Pejabat Konsulat Malaysia, Melbourne
Level 1, No. 432 St Kilda Road Melbourne, Victoria 3004, Australia
Telefon: +61395735400 atau +61434950600
Emel : [email protected]

Pejabat Konsulat Malaysia, Sydney
67 Victoria Road, Bellevue Hill, NSW 2023 Sydney, Australia
Telefon: +6102 93277596 atau +610293277565
Emel : [email protected]