Adakah anda terperangkap dalam kebankrapan automatif?

Sejak 14 hingga 15 tahun yang lalu, cawangan bengkel kereta telah berkembang menjadi pusat penyelenggaraan profesional yang mengamalkan sistem “tier”.

Sebelum ini jika anda berkunjung ke sesebuah pusat servis selepas membuat tempahan, seorang mekanik akan datang kepada anda dan dia membaiki setiap kerosakan sehingga selesai.

Anda juga mungkin mempunyai hubungan yang baik dengan mekanik, dan boleh menyimpan nombor telefon mereka, mungkin juga anda tahu sama ada dia sudah berkahwin atau belum dan pernah makan tengahari dengan mereka untuk beberapa kali.

Tetapi sekarang ini ia tidak lagi berlaku kerana bengkel servis kereta ini mempunyai sistem “tier”.

Penasihat servis atau “penjaga pintu”.

Individu ini berperanan sebagai Penasihat Perkhidmatan (SA). Ia juga dikenali sebagai “penjaga pintu” untuk memberi khidmat nasihat kepada kereta anda.

Perjumpaan ringkas DSF dengan beberapa SA untuk jenama kereta berbeza ini membuktikan bahawa fungsinya adalah untuk menghentikan hubungan di antara mekanik dan pemilik kereta, mungkin bagi menjaga keuntungan sesebuah tempat servis kereta tersebut.

SA yang dilantik sebenarnya bukanlah individu terlatih secara teknikal kerana mereka lebih kepada “Public Relation” (PR) yang akan mengendalikan aduan anda.

Kebiasaannya mereka yang berkhidmat sebagai SA ini akan bertahan selama dua tahun.

Mengapa pendapatan SA agak tinggi?

Mereka boleh dikatakan sebagai “punching beg” untuk pelanggan yang sering menyatakan ketidakpuasan hati, di mana keadaan ini semakin meningkat di seluruh dunia.

Ini bermakna semua jenama kereta yang dijual hari ini kebanyakannya mempunyai masalah selepas jualan dibuat.

Jadi SA akan bertindak untuk berdepan kemarahan kritikan daripada setiap pelanggan.

Artikel DSF ini menjelaskan tentang isu berkaitan bengkel, perkhidmatan selepas jualan, jaminan yang rata-ratanya menimbulkan rasa tidak puas hati dengan hampir semua jenama kereta di Malaysia.

Ia berbeza dengan keadaan dulu apabila kereta yang dijual tidak mempunyai banyak aduan.

Berikutan itu, SA tidak akan mampu bertahan lama kerana tidak dapat menjaga hit daripada pelanggan.

Malah pekerjaan ini tidak menjamin masa depan SA kerana keluaran modal setiap kereta ini juga mempunyai masalah dan sentiasa gagal.

Ini bermakna kebankrapan automotif mungkin boleh berlaku.

Sesetengah pemilik kereta mengalami nasib malang apabila terpaksa berulang-alik ke bengkel untuk membaikinya.

Walaupun tidak boleh menggunakannya, mereka perlu terus membayar ansuran bulanan kepada bank.

Selepas menghadapi terlalu banyak masalah, pemilik kereta ini akan cuba untuk menjual kereta itu selepas satu ke tiga tahun mengalami kerugian besar.

Namun ia tetap menjadi beban kewangan untuk mereka pada tahun yang akan datang.

Ada yang terpaksa membuat pinjaman dengan lebih banyak untuk menyelesaikan pinjaman kereta dan kemudiannya membayar pula untuk kereta yang baru.

Inilah dia kebankrapan automotif.

Jenama kereta digesa untuk melihat isu ini dan membuat penambahbaikan pada kereta demi kepuasan pelanggan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]