Mayat nenek dikerat ditemui dalam peti sejuk

Pasukan bomba dan polis yang membuat pencarian menemui mayat wanita berusia 83 tahun yang dikerat-kerat di dalam peti sejuk. (Gambar AFP)

LIMOGES (PERANCIS): Pasukan bomba yang memadam kebakaran sebuah rumah di tengah Perancis menemui mayat wanita berusia 83 tahun di dalam peti sejuk, sumber yang rapat dengan siasatan memberitahu AFP.

Cucu wanita itu yang berusia 30-an itu disoal siasat di tempat kejadian dan ditahan sementara menunggu siasatan lanjut.

Pasukan bomba berkata pihaknya dihubungi pada petang Rabu untuk memadam kebakaran di sebuah rumah di desa terpencil di Haute-Vienne.

Mereka berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku di dalam satu bilik, namun tidak menemui penghuni pada awalnya.

Pasukan bomba dan polis yang membuat pencarian menemui mayat wanita berusia 83 tahun itu yang dikerat-kerat di dalam peti sejuk, kata sumber.

Cucu mangsa yang tinggal di rumah itu membuat kenyataan bertentangan dengan polis, kata sumber kedua.

Bedah siasat akan dijalankan sebagai sebahagian daripada siasatan.