Pembunuhan Soleimani tingkatkan ketegangan di seluruh Timur Tengah, kata Rusia

Qassem Soleimani (tengah) terbunuh dalam serangan udara di lapangan terbang antarabangsa Baghdad. (Gambar AP)

MOSCOW: Moscow menganggap pembunuhan komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani melalui serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS) berhampiran Baghdad sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan akan meningkatkan ketegangan di seluruh rantau Timur Tengah, kata Kementerian Luar Rusia hari ini.

“Kami menganggap pembunuhan Soleimani adalah akibat serangan peluru berpandu AS di pinggir Baghdad sebagai satu tindakan mencabar yang membawa kepada peningkatan ketegangan di seluruh rantau ini.

“Kami mengucapkan takziah kepada rakyat Iran,” kata seorang pegawai kementerian itu.

Di Beijing, Kementerian Luar China menyelar serangan AS di Iraq yang membunuh Soleimani dan berkata ia bercanggah dengan penggunaan angkatan tentera dalam hubungan antarabangsa.

“Kami memantau rapat insiden ini. China secara konsisten menentang penggunaan angkatan tentera dalam hubungan antarabangsa,” lapor Sputnik memetik kenyataan jurucakap kementerian itu, Geng Shuang, semasa satu taklimat pada Jumaat.