Trump arah pembunuhan komander kor revolusi Iran

Donald Trump. (Gambar AP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan pembunuhan komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Qasem Soleimani, yang maut di Baghdad “dalam tindakan mempertahankan diri bagi melindungi kakitangan AS di luar negara”, kata Pentagon semalam.

“Jeneral Soleimani secara aktif membangunkan rancangan untuk menyerang diplomat dan anggota perkhidmatan AS di Iraq dan di seluruh rantau itu.

“Jeneral Soleimani dan Quds Force bertanggungjawab atas kematian ratusan anggota perkhidmatan AS dan pakatan dan mencederakan ribuan lain,” kata Jabatan Pertahanan AS.

Menyusuli kematian Soleimani, Trump memuatnaik gambar bendera AS di Twitter tanpa sebarang penjelasan lanjut.