6 terbunuh dalam serangan udara sasar militan Iraq

BAGHDAD: Serangan udara menyasarkan kumpulan militan Iraq yang disokong Iran, Popular Mobilization Forces berdekatan kem Taji di utara Baghdad meragut 6 nyawa dan 3 cedera parah, kata sumber tentera Iraq semalam.

Dua daripada 3 kenderaan dalam konvoi militan itu didapati terbakar, kata sumber itu, serta 6 mayat yang terbakar. Serangan itu berlaku pada 1:12 pagi waktu tempatan, katanya.