AS kerah 3,500 lagi tentera selepas kematian Soleimani

Tentera Iraq mengawal keselamatan di depan kedutaan AS di Iran. (Gambar AP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengerahkan sehingga 3,500 lagi askar ke Timur Tengah, kata pegawai Pentagon pada Jumaat, selepas serangan dron Amerika Syarikat yang membunuh seorang jeneral tertinggi Iran.

Bantuan itu dari Pasukan Respons Global Divisyen Airbone 82, yang telah membekalkan ratusan askar tambahan ke rantau itu awal minggu ini ketika ketegangan meningkat akibat serangan terhadap kedutaan AS di Baghdad.

Jurucakap Jabatan Pertahanan berkata pasukan Briged Tindak Balas Segera Airborne ke-82 dimaklumkan awal minggu ini bahawa mereka akan dihantar ke rantau itu.

“Briged itu akan dihantar ke Kuwait sebagai tindakan yang wajar dan berjaga-jaga sebagai tindak balas kepada peningkatan tahap ancaman terhadap kakitangan dan kemudahan AS, dan akan membantu menyusun semula pasukan simpanan,” kata pegawai itu.

Langkah itu diambil ketika ketegangan memuncak selepas AS membunuh Qasem Soleimani, ketua operasi luar Kor Pengawal Revolusi Islam, yang dituduh Washington mendalangi serangan terhadap kemudahan AS di Raq dalam beberapa bulan kebelakangan ini.