Patung Doraemon musnah sekelip mata dikerjakan kucing comel!

Semua orang suka bermain dengan kucing.

Selain mempunyai sifat yang comel, kucing juga dikenali sebagai haiwan yang nakal.

Baru-baru ini tersebar di media sosial seorang pekerja kedai permainan di New York berdepan detik malang tapi melucukan apabila patung Doraemon yang dibinanya musnah angkara perbuatan seekor kucing nakal.

Pekerja itu mengambil masa seminggu untuk menyusun 2,342 blok kecil bagi membentuk figura karakter kartun popular Jepun itu.

Dia kemudiannya berkongsi di Facebook dan twitter mengenai bagaimana kucing itu memusnahkan usaha gigihnya dalam sekelip mata.

Namun kata pekerja itu lagi, dia agak kecewa tetapi tidak mampu untuk marah kerana kucing tersebut terlalu comel.

Posting itu turut mengundang banyak komen yang rata-ratanya terhibur dengan kisah kucing nakal itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]