Tikus belanda guna ‘kuasa’ bersihkan manusia

Sememangnya terdapat pelbagai budaya ritual diadakan bagi setiap penganut agama mengikut kepercayaan masing-masing.

Sebagai contoh bagi menghapuskan dosa, suku kaum Asli Mah Meri akan mendaki bukit berjumpa dengan moyang mereka bagi tujuan menghapuskan dosa, dan kepercayaan itu turut dilakukan masyarakat Peru.

Namun ia menggunakan cara yang berbeza iaitu upacara pembersihan aura negatif melalui “kuasa” tikus belanda.

Menurut Daily mail, mereka menggunakan haiwan tersebut untuk diusap ke seluruh badan bagi tujuan mengeluarkan segala aura negatif daripada tubuh badan.

Upacara itu diadakan ratusan penduduk di Peru dalam ritual Feria de los Deseos.

Secara amnya ia diadakan setiap tahun bagi “membersihkan” mereka sebelum 2019 melabuhkan tirai.

Upacara unik turut digelar “Fare of Wishes”, menggunakan tikus belanda hitam diusap pada lengan, tubuh dan kepala mereka.

Haiwan itu kemudiannya akan merangkak pada kepala individu dan cuba untuk “mengenal pasti” masalah dan cuba menyembuhkan mereka pada tahun 2020.

Seorang demi seorang akan diminta untuk masuk ke dalam bilik privasi dan kemudiannya duduk dikelilingi lilin dan bunga sebelum dihampiri dukun Ramos yang memegang tikus belanda hitam, lalu mula mengusap pada seluruh tubuhnya.

Pada akhir ritual itu, individu tersebut diminta meniup pada kepala haiwan terbabit dan diletakkan pada lehernya.

“Upacara pembersihan dengan tikus belanda bertujuan mengeluarkan aura negatif itu telah dilakukan oleh nenek moyang,” kata dukun Ramos.

Difahamkan, tikus belanda dianggap sebagai makanan istimewa di Peru.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]