WhatsApp 2020 lebih canggih, perkenal fungsi ‘Self Distruct’

Selepas menyekat telefon pintar lama daripada menggunakan WhatsApp, kini aplikasi chatting popular itu terus menambah baik kepada satu lagi fungsi yang kini sedang diuji penggunaannya.

Fungsi tersebut adalah bagi membolehkan pengguna memadam teks mesej dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut India Finance News, ia membolehkan mesej terpadam dengan sendiri atau lebih dikenali sebagai “self-destruct”.

Pengguna juga dalam masa yang sama boleh menetapkan masa untuk memadam teks mesej tersebut dalam beberapa tempoh sahaja.

Ia bergantung kepada anda sama ada tetapan tempoh itu bagi satu jam, satu hari, satu minggu dan beberapa pilihan lain.

WhatsApp yang sudah dimiliki oleh Facebook kini dikatakan sedang melakukan ujian untuk fungsi berkenaan dan akan dilancarkan bagi versi penuh selepas fasa berkenaan tamat.

Bagaimanapun, fungsi ini telah pun dilancarkan secara serentak dengan versi beta 2.19.348.

Pengguna yang telah mendaftarkan diri mereka untuk program beta Google Play boleh memuat turun versi terbaru aplikasi tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]