Elak ketagih telefon pintar, bapa bawa anak mengembara

Pelbagai cara yang cuba dilakukan ibu bapa supaya anak-anak tidak terlalu obses dengan telefon pintar.

Meskipun sedar yang ia bukan suatu perkara positif buat perkembangan anak, namun ibu bapa tetap memberinya kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan lain, sementara anak dilalaikan dengan telefon pintar.

Akhirnya, ia mengundang padah apabila “umpan” mereka menjerat ibu bapa sendiri.

Sama juga seperti seorang bapa yang sanggup membawa anak lelakinya mengembara ke Ulan Bator, Mongolia semata-mata mahu mengelakkan anaknya terus ketagih bermain telefon pintar.

Menurut CBC Radio, Jamie Clarke idea tersebut muncul ketika beliau bersama keluarga ke sebuah pusat peranginan meluncur ski terpencil yang tidak mempunyai jaringan komunikasi dan internet bagi meraikan ulang tahun ke-50nya.

Katanya, beliau merasakan wujud jurang komunikasi dengan anaknya yang sentiasa “melekat” dengan telefon pintar semasa berada di rumah.

“Saya akui kesilapan saya kerana memberikan telefon kepada anak sejak kecil dan lebih banyak berkomunikasi dengan dia hanya melalui peranti itu.

“Jika kita lihat ketagihan kepada gajet ini bukan berlaku kepada individu semata-mata tetapi kepada keluarga dan ia berterusan. Saya mula merasakan ia telah mengawal kami dan tidak sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Khobe mengakui dia begitu marah kerana terpaksa pergi ke kawasan berkenaan kerana tidak mengetahui perkembangan luar disebabkan gagal mengakses aplikasi seperti Snapchat atau Instagram.

“Namun begitu idea (bapanya) menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Ia sesuatu yang baharu dan sangat menarik untuk dilakukan,” katanya.

Tindakan itu mungkin memberi idea kepada ibu bapa lain yang juga boleh mengembara bersama anak-anak ke lokasi yang menarik.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]