Mengapa mangkuk tandas mesti warna putih?

Ke mana-mana sahaja anda pergi tak kiralah ke negeri mana mahupun luar negara sekalipun, anda akan mendapati bahawa tandas biasanya berwarna putih.

Tersangat jarang kita dapat melihat mangkuk tandas yang berwarna selain daripada putih.

Malah, tak kiralah sesebuah bilik mandi atau tandas itu dicat dengan warna apa sekalipun, mangkuk tandasnya pasti berwarna putih.

Warna ini juga digunakan bagi perkakasan tandas lain seperti sinki, tab mandi dan sebagainya.

Secara tidak langsung pasti akan membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengapa tandas tidak mempunyai warna lain.

Porselin berwarna putih mangkuk tandas diperbuat daripada porselin

95% daripada semua tandas yang ada di dunia diperbuat daripada porselin.

Dan tahukah anda bahawa porselin adalah tanah liat putih yang digunakan dalam pelbagai struktur, termasuk tandas dan seni.

Porcelain terdiri daripada beberapa komponen yang berbeza termasuk:

  • Tanah liat
  • Kaolin
  • Feldspar
  • Silika
  • Kuarz

Kadang-kala komponen lain ditambah ke dalam porselin tetapi ini tidak memberikan apa-apa perubahan penting.

Apabila porselin dibakar pada suhu tinggi, ia tidak menyerap cecair dengan mudah yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam produk berkait dengan air dan tidak membenarkan air meresap melalui bahagian luar.

Malah, ia adalah bahan yang keras dan tahan lama.

Porselin sebenarnya menjadi lutsinar apabila dibentuk tetapi ia menjadi putih bersinar apabila dipanaskan.

Apabila menghasilkan mangkuk tandas, warna putih adalah pilihan yang paling mudah dan kelihatan menarik.

Jika warna lain mahu ditambah ke dalam penghasilannya, banyak sumber dan masa tambahan diperlukan.

Terdapat beberapa sebab “kebersihan” mengapa orang lebih suka tandas berwarna putih.

Manusia adalah makhluk visual yang suka melihat perkara-perkara yang bersih.

Malah, warna putih seringkali dikaitkan dengan kebersihan.

Putih adalah sinonim dengan steril dan sejak dulu, manusia mendapati bahawa kebanyakan bakteria tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun kita terus mengaitkan kebersihan dengan putih.

Sebab lain mengapa kita sukakan tandas berwarna putih adalah melibatkan ruang.

Biasanya, warna putih tidak menarik perhatian dan cenderung untuk bercampur dengan persekitarannya.

Putih juga terkenal dengan memberi gambaran bahawa sesebuah bilik itu lebih besar daripada yang sebenarnya.

Mangkuk tandas berwarna putih boleh membuatkan bilik mandi atau tandas kelihatan lebih luas, berbanding warna hitam.

Mudah mengesan kotoran

Ini sebab kenapa mangkuk tandas berwarna putih.

Selain itu, tandas berwarna putih juga memudahkan kita mengesan kotoran.

Kita akan dapat melihat setiap warna dan tanda pada mangkuk tandas putih, jadi ia merupakan peringatan yang berterusan supaya sentiasa membersihkannya.

Biasanya orang akan berasa malu selepas menggunakan tandas jika ia menjadi kotor, jadi mereka akan membersihkannya supaya tidak dilihat orang lain.

Bayangkan anda mempunyai mangkuk tandas berwarna hitam, pastinya anda tidak sedar bahawa tandas anda tersangat kotor kerana kotoran yang tersembunyi di sebalik warna gelap.

Ini boleh menyebabkan kehadiran bakteria dan kuman lebih daripada biasa, seterusnya memberikan risiko kepada kesihatan.

Malah, kebanyakan tandas berwarna putih sejak dahulu lagi, membuktikan bahawa ia tidak ditelan zaman kerana rupa bentuknya diterima ramai.

Dan warna putih juga membuatkan tandas mempunyai rupa bentuk moden sebab itulah membuatkan tandas terus dihasilkan dalam warna putih.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]