Serangan udara Iraq: AS berhak pertahankan diri, kata UK

Tentera AS sedang bersiap sedia untuk operasi ketenteraan. (Gambar AP)

LONDON: Britain menggesa semua pihak menunjukkan perasaan terkawal selepas Amerika Syarikat (AS) membunuh komander tentera Iran Qassem Soleimani dalam serangan udara, namun berkata sekutu terdekatnya itu berhak mempertahankan dirinya daripada ancaman.

Menteri Pertahanan Ben Wallace dalam satu kenyataan berkata dia telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari AS, Mark Esper, sambil menambahkan: “Kami mendesak semua pihak terlibat dalam meredakan situasi tersebut.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, Amerika Syarikat berhak mempertahankan diri daripada mereka yang menimbulkan ancaman terhadap rakyat mereka,” katanya.