Utamakan keselamatan penumpang motosikal e-hailing, kata kumpulan

Bermula bulan ini, perkhidmatan e-hailing motosikal tempatan, Dego Ride akan beroperasi sepenuhnya di Lembah Klang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan mesti mengutamakan keselamatan dan perlindungan penumpang pengangkutan awam, kata sebuah persatuan pengguna pengangkutan hari ini susulan seruan persatuan teksi yang mahu penunggang motosikal e-hailing Dego Ride mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Ajit Johl, presiden Persatuan Pengguna-pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) berkata, Putrajaya tidak boleh menyalahi undang-undang untuk mencipta peluang pekerjaan.

“Peraturan dicipta untuk memastikan keselamatan dan perlindungan. Syariakt tidak boleh menawarkan perkhidmatan dan melanggar semua undang-undang, kerana itu salah,” katanya.

Ajit merujuk kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyokong perkhidmatan Dego Ride.

“Walaupun Syed Saddiq cuba mempromosikan ekonomi gig, beliau tidak boleh membuat pendirian yang menyalahi undang-undang. Itu salah sama sekali,” kata Ajit.

“Apa akan jadi kalau kemalangan berlaku? Adakah Syed Saddiq akan bertanggungjawab? Adakah kerajaan akan bertanggungjawab? Sebab itu tidak boleh bertolak ansur dalam hal keselamatan,” katanya kepada FMT.

Syed Saddiq berkata perkhidmatan Dego Ride boleh mencipta 5,000 peluang pekerjaan untuk belia dalam kumpulan B40, dengan potensi pendapatan antara RM1,500 dan RM3,000.

Kumpulan pengendali teksi, Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) menggesa Putrajaya mewajibkan penunggang Dego Ride mendapatkan lesen PSV.

Presiden Kamaruddin Mohd Hussain berkata penunggang berkenaan harus tertakluk pada set kriteria yang sama seperti perkhidmatan e-hailing yang lain seperti Grab, bagi menunjukkan Putrajaya menguatkuasakan undang-undang dengan adil.

Pengarah Strategik Pemuda Umno, Wan Agyl Wan Hassan menyokong seruan Kamaruddin, mengatakan lesen PSV mengesahkan penunggang berkenaan mempunyai kemahiran untuk membawa dan menghiburkan penumpang.

Wan Agyl, seorang bekas ketua dasar dan perancangan kumpulan operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkata, keperluan lesen PSV untuk motosikal e-hailing mesti direka mengikut industri itu.

“Perkhidmatan e-hailing adalah perbandingan terdekat yang boleh kita rujuki dan sekarang mereka juga perlu melalui proses yang sama dan patuhi peraturan yang sama seperti perkhidmatan teksi – terutama keperluan PSV.

“Saya fikir permintaan pengusaha teksi itu munasabah,” tambahnya.

Belaiu memberitahu FMT pada ketika ini tiada set peraturan untuk industri motosikal e-hailing, menegaskan set itu perlu untuk keselamatan penumpang.

“Saya percaya sekarang tiada insurans untuk perkhidmatan perkongsian motosikal dan saya anggap persatuan insurans perlu tahu risiko perkhidmatan ini serta kesediaan penyedianya menawarkan perkhidmatan itu.”

Pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata syarikatnya sekarang ini dalam tempoh pembuktikan konsep 6 bulan.

Beliau mengundang semua agensi dan badan-badan kerajaan berkaitan untuk “mengumpulkan seberapa banyak maklumat daripada kami dalam tempoh itu” untuk mendirikan suatu sistem baru.

Beliau juga tidak menolak keperluan suatu lesen “PSV yang lebih berkesan dari segi kos”.

Perkhidmatan motosikal e-hailing disediakan di Lembah Klang, dengan peluasan ke negeri-negeri lain dalam tempoh 3 bulan.

Kira-kira 4,000 memohon untuk menjadi penunggang, termasuk 100 perempuan.

Grab juga dilaporkan mula menawarkan perkhidmatan motosikal e-hailing, untuk pelanggan sekitar KLCC, Chow Kit, dan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.