Dilema kentut berbau ‘puaka’: ‘Lepas’ tiada adab, tapi tahan tak elok

Bila bercakap tentang kentut, pasti ramai yang tidak suka, ada yang cakap busuklah, tidak ada adab malah tidak kurang juga yang marah.

Untuk pengetahuan anda, kentut datang dari dalam usus, dalamnya terdapat gas yang berasal dari udara dan oksigen yang kita hirup atau telan.

Jadi jika kentut anda berbau busuk, ini bermakna ia mengandungi banyak bakteria yang tidak baik di dalam usus.

Namun, ia bukan suatu perkara yang jijik kerana ia sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan.

Beberapa fakta perlu dikongsi dengan anda yang mungkin tidak pernah tahu sebelum ini.

  1. Anda sebenarnya tidak normal jika tidak kentut 14 kali dalam sehari.
  2. Pengambilan makanan yang berangin seperti kubis, kekacang, brokoli dan gandum akan menghasilkan lebih banyak gas kentut, sementara Fructose iaitu sejenis gula dalam buah atau susu juga akan menghasilkan lebih gas. Itu antara sebab mengapa anda terkentut banyak kali dalam sehari.
  3. Daging, telur dan bawang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi menyebabkan bau kentut lebih “berbisa” daripada biasa.
  4. Anda dilarang kentut di tepi unggun api, kerana kentut merupakan bahan yang boleh meletup!
  5. Kentut wanita sebenarnya lebih berbau “puaka” daripada lelaki. Ini fakta yang perlu diterima kerana kentut wanita sebenarnya mengandungi lebih banyak “hydrogen sulfide” (gas yang berbau) berbanding kentut lelaki.

Maka untuk pengeluaran kentut yang lebih baik, anda perlulah mengamalkan pemakanan yang sedikit dan seimbang, senaman setiap hari dan menjalani kehidupan dengan lebih.

Jadi kentut anda akan menjadi lebih terkawal dan tidak berbau “puaka”.

Malah jika kentut ingin keluar secara tiba-tiba dalam keadaan anda dikelilingi orang ramai, apa yang perlu dilakukan adalah anda pergi ke tandas atau kawasan yang tiada orang dan lepaskan dengan tenang dan sebaiknya.

Ini kerana anda tidak disarankan untuk menahan kentut kerana meskipun ia tidak membahayakan kesihatan, tetapi ia boleh menyebabkan kekejangan dan tidak selesa pada perut.

Selain itu, kajian mendapati bahawa kini terdapat pil yang boleh menukar bau kentut kepada bau yang lebih menenangkan seperti coklat, ros dan strawberi.

Ia telah mulai dijual sejak 2007, dan ia selamat digunakan kerana pil tersebut organik sepenuhnya dan tidak berasaskan perubatan atau dadah.

Tapi harus diingat ia bukan bermakna kentut “wangi” ini lebih baik daripada kentut yang baunya lebih “berbisa”?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]