Saya hanya sokong keadilan, Daim ulas rakaman SPRM

Daim Zainuddin.

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin hari ini berkata beliau hanya “menyokong keadilan”, susulan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio yang didakwa mengaitkan Najib Razak dengan konspirasi 1MDB.

“Saya hanya menyokong keadilan. Keadilan dan kebenaran. Itu sahaja,” katanya ketika diminta mengulas langkah SPRM itu, yang mengundang kritikan beberapa peguam.

Beliau ditemui pemberita pada satu acara di Shah Alam.

Pada Rabu, SPRM mendedahkan 9 rakaman yang antara lain dikatakan suara bekas perdana menteri Najib Razak; isterinya, Rosmah Mansor; bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad; dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Rakaman itu sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan.