Apa anda perlu buat jika ingin kekal sihat pada usia lebih 100 tahun?

Setiap orang mengharapkan supaya sentiasa panjang umur dan kekal sihat pada usia yang lanjut.

Beberapa petua dan tip akan diamalkan sesetengah individu bagi mencapai apa yang dihajati.

Antara tipnya adalah makan jamu dan bersenam dengan cara yang konsisten.

Begitu juga dengan seorang wanita tertua di dunia dengan usia 116 tahun, Kane Tanaka turut mengamalkan beberapa tip untuk panjang umur.

Antara rahsia Kane panjang umur adalah kerana mengamalkan konsep “Hara Hachi Bu” yang bermaksud “berhenti makan sebelum kenyang”.

Selain kebiasaan itu, Kane turut mengamalkan pola pemakanan yang sihat terdiri daripada sayuran hijau, ulam-ulaman dan ikan.

Sumber makanan tersebut kaya dengan lemak Omega-3 yang mampu melindungi daripada penyakit jantung.

Sebenarnya, amalan diet Kane itu bukan sesuatu luar biasa sebaliknya ia memang menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Jepun.

Tidak terhenti di situ, budaya masyarakat Jepun yang gemar makan bersama dapat menurunkan risiko tekanan.

Rekod Kane sebagai individu tertua juga adalah simbol populasi warga emas di Jepun yang semakin meningkat namun jumlah kelahiran pula berkurangan.

Wanita yang berasal dari Jepun itu memegang rekod sebagai manusia paling tua di dunia apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 117 pada 2 Januari lalu.

Kane merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik dan beliau dilahirkan pra-matang pada 1903.

Warga emas itu berkahwin dengan Hideo Tanaka pada 1922 dan dikurniakan empat cahaya mata selain mengambil seorang anak angkat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]