G25 mungkin ikhlas isu murtad tapi keliru

Laporan ‘Administration of Matters Pertaining to Islam’ yang dilancarkan kumpulan bekas penjawat tinggi awam, G25 pada 11 Jan lepas mengkritik undang-undang murtad.

Perkataan “kebebasan” memang amat manis didengar dan amat disenangi oleh setiap orang. Pada zaman penjajahan perkataan ini dijadikan slogan keramat bagi meniup semangat patriotisme rakyat supaya bangkit menentang kuasa penjajah.

Namun perkataan ini sering diselewengkan dan dieksploitasi secara rambang oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan yang jahat dan destruktif.

Sebagai contoh, disebut dalam buku “The Protocols of the Learned Elders of Zion”: “kitalah (Zionis/Yahudi) orang yang mula-mula sekali menggunakan istilah-istilah kebebasan, persamaan dan persaudaraan, lantas sering diulang-ulangkan oleh burung kakak tua yang bodoh (stupid poll-parrats), padahal tiada tempat untuk semua itu di dunia ini.”

Maka sejak revolusi Perancis lagi pihak Zionis menggunakan perkataan “kebebasan” ini untuk menghancurkan nilai-nilai akhlak yang diajar agama. Ini mereka lakukan antara lain menerusi sistem ekonomi liberal, juga menerusi aktiviti-aktiviti hedonisme, pornografi dan sebagainya.

Saya rasa kumpulan G25 mungkin ikhlas apabila mengemukakan pandangan supaya dibuka ruang untuk sesiapa yang ingin keluar daripada agama Islam (murtad) dengan hujah kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan! Namun mereka keliru dalam memahami konsep kebebasan. Mereka lupa bahawa tiada kebebasan yang mutlak di dunia ini. Setiap kebebasan mesti diimbangi dengan tanggungjawab. Kebebasan mesti dibatasi dengan undang-undang, hukum agama dan nilai akhlak. Manusia bukan seperti haiwan yang tidak terikat dengan peraturan-peraturan tersebut.

Memang Islam menjamin kebebasan beragama, kebebasan berfikir dan menyatakan fikiran. Malah kedatangan Islam Ke dunia ini pun untuk membebaskan manusia daripada pengabdian kepada sesama manusia dan hanya mengabdi kepada Allah semata-mata. Namun ini tidak bererti seseorang bebas menceroboh hak-hak orang lain, bebas membuat maksiat atau melanggar hukum agama dan nilai-nilai akhlak yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Seseorang tidak bebas melanggar peraturan jalan raya sesuka hati, tidak bebas merampas harta benda orang atau mencabul kehormatan anak dan isteri orang. Manusia sentiasa dikehendaki mematuhi undang-undang, hukum agama dan nilai moral.

Jika semua ini tidak dipedulikan maka kehidupan ini akan menjadi huru-hara dan porak-peranda. Kebebasan yang kita kehendaki ialah kebebasan kemanusiaan, bukan kebebasan kebinatangan.

Wan Salim Mohd Noor adalah mufti Pulau Pinang.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.