Isteri mengidam Honda Jazz, suami mencuri kerana tiada duit

Mengidam bukan suatu perkara yang boleh dibuat bahan jenaka.

Ini kerana ia adalah perkara yang benar-benar diingini isteri ketika mengandung.

Orang tua selalu berpesan bahawa jika permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi, air liur bayi akan sentiasa keluar dan berair di bahagian mulut.

Berikutan itu, si suami perlu mendapatkan apa yang diingini isteri walau susah bagaimana sekalipun.

Di Indonesia, seorang suami, Adityo Purnomo sanggup mencuri kereta Honda Jazz demi memenuhi permintaan isterinya untuk memiliki kereta tersebut dan membawanya berjalan-jalan.

Menurut Metro Jam24, tindakan itu dilakukan kerana Adityo tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya sekali gus membuat keputusan untuk mencuri kereta tersebut di salah sebuah kedai di Restoran Lombok Cengis.

Mangsa kecurian, Andy Prabowo dikatakan sedang makan bersama keluarganya di restoran tersebut, namun kunci keretanya dicuri ketika dia membasuh tangan selepas makan.

Andy kemudiannya membuat laporan polis apabila menyedari keretanya hilang, namun dijumpai di Babukan ketika Adityo memandu kereta tersebut begitu santai sebelum diberhentikan oleh pihak polis.

Adityo mengaku bersalah kepada polis dengan menjelaskan bahawa dia terpaksa mencuri kereta tersebut selepas didesak isteri yang mengidam kereta tersebut.

“Isterinya tengah hamil dan minta dibelikan Honda Jazz, tapi karena tidak memiliki duit, dia nekad mahu mencuri,” jelas pihak polis.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]