Adakah rakyat Malaysia perlu ubah stigma terhadap sendawa atau ‘burp’?

“Maafkan saya!” atau “sorry!” antara perkataan yang dikeluarkan kebanyakan rakyat Malaysia apabila tidak sengaja sendawa atau “burp” di hadapan umum.

Ramai yang beranggapan sendawa merupakan tindakan kurang sopan apabila ia dilepaskan di depan orang ramai, malah ada juga yang menganggap ia suatu perkara tidak senonoh.

Apatah lagi sendawa tersebut dikeluarkan berserta bau yang kurang menenangkan.

Ia berbeza dengan beberapa negara contohnya China dan Taiwan di mana sendawa merupakan satu bentuk pujian kerana ia melambangkan pelanggan benar-benar menikmati sajian yang dihidangkan.

Sementara di India, sendawa di hadapan umum juga adalah perkara biasa dan boleh diterima.

Namun secara asasnya, sendawa tidak boleh ditahan apatah lagi “melarang” angin itu keluar daripada badan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.

Namun pernahkah anda terfikir mengapa perlu bersendawa setelah makan? dan apa perkara yang menyebabkan kita bersendawa?

Ini faktanya… apabila anda makan, anda akan menelan udara dengan makanan sekaligus gas-gas ini akan muncul daripada usus anda dan keluar sebagai sendawa.

Selain itu, minum minuman beralkohol juga akan menyebabkan peningkatan gas dalam usus anda.

Ini kerana minuman tersebut mengandungi jumlah karbon dioksida yang tinggi dan menyebabkan gas keluar melalui mulut anda, akhirnya ia menyebabkan sendawa.

Malah, minum minuman panas juga menyebabkan seseorang menelan lebih banyak udara bersama dengan minuman tersebut.

Namun semua gas itu tidak dibawa ke perut anda kerana ia akan berada di esofagus sehingga ia dibebaskan keluar daripada badan anda.

Jika ingin mengurangkan sendawa, anda perlu mengunyah makanan dengan lebih kecil lagi.

Bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa sendawa mungkin boleh menjadi gejala ulser perut.

Namun anda tidak perlu bimbang kerana terdapat ubat-buatan yang boleh memulihkan ulser perut.

Makan makanan yang berasid tinggi seperti limau, tomato dan bawang boleh menyebabkan sendawa yang akan membuatkan kerongkong anda berada sedikit “terbakar”.

Memandangkan sendawa hanyalah fungsi badan semulajadi yang merupakan sebahagian daripada proses pencernaan, mungkin stigma sendawa atau “burp” harus dilihat dan dipertimbangkan semula?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]