Berapa kuantiti makanan boleh dibeli dengan wang RM100, RM200 dan RM300?

Apabila ingin membeli suatu barangan, pastinya anda akan membawa wang yang mencukupi untuk membeli barangan tersebut.

Jika ingin membeli barangan dapur, jumlah yang paling kurang perlu ada dalam poket anda adalah RM50 atau RM100.

Namun apakah jenis barangan yang mampu anda beli?

Bagaimana pula dengan wang sebanyak RM200 atau RM300? Mungkin anda boleh melihat kepada anggaran jenis dan kuantiti produk makanan yang boleh anda beli melalui infografik yang disediakan :

Jika anda perhatikan, terdapat sedikit perbezaan dari segi jenis dan kuantiti makanan yang dianggarkan mengikut jumlah wang yang mungkin anda miliki.

Pada kebiasaannya, jika anda memiliki wang lebih banyak, maka anda akan berharap untuk membeli kuantiti barangan yang lebih banyak dan lebih berkualiti, malah lebih sihat!

1. Beras putih vs beras basmati vs beras perang

Untuk beras putih, bahagian bran iaitu lapisan luar biji beras yang berwarna coklat telah disingkirkan, di mana bahagian bran tersebut kaya dengan kandungan vitamin dan mineral. Ia sekaligus menjadikan beras putih memiliki sedikit sahaja khasiat berbanding beras perang.

Beras basmati pula adalah sejenis beras yang tinggi kandungan mikronutrien dan makronutrien seperti zink, kalsium, kalium, magnesium, vitamin B1, B6, vitamin E dan vitamin K. Beras basmati juga rendah indeks glisemik yang menjadikannya sesuai untuk diambil oleh pesakit diabetes.

Berbanding dengan beras putih dan basmati, beras perang pula adalah sejenis bijirin penuh. Ini kerana ia masih mengandungi semua bahagian bijirin tersebut termasuklah bran yang berserat, germ dan endosperm. Beras perang juga mengandungi lebih banyak serat dan antioksidan berbanding jenis beras yang lain.

2. Gula putih vs gula perang

Sememangnya gula perang sedikit mahal berbanding gula putih. mengapa? Harganya yang sedikit lebih mahal juga disebabkan kandungan nutrisinya yang lebih baik berbanding gula putih yang biasa kita ambil.

Selain itu, gula perang juga mempunyai kandungan kalsium, zat besi dan kalium lebih tinggi berbanding gula putih biasa. Gula perang juga mempunyai lebih kalori berbanding daripada gula putih.

Bagaimanapun, perbezaan nutrisi antara keduanya amat sedikit. Tetapi jika anda mahu memilih produk yang lebih sihat, gula perang adalah pilihan lebih baik.

3. Minyak kelapa sawit vs minyak zaitun

Pecahan asid lemak dalam minyak kelapa sawit 50% asid lemak tepu, 40% asid lemak tidak tepu tunggal dan 10% daripada asid lemak tidak tepu. Jenis lemak tepu utama yang terdapat dalam minyak kelapa sawit ialah asid palmitik, yang menyumbang sebanyak 44% daripada kalori.

Bagaimanapun, minyak kelapa sawit juga adalah sumber bagi “tocotrienols”, sejenis vitamin E dengan ciri antioksidan yang boleh menyokong kesihatan otak.

Minyak zaitun pula menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan kesihatan dalam masakan kerana ia banyak khasiat jauh lebih tinggi berbanding minyak kelapa sawit.

Selain itu minyak zaitun juga tahan terhadap haba yang tinggi, menjadikan ia minyak masak yang sihat dalam masakan.

Adakah penting untuk anda membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan makanan yang sihat untuk tubuh badan anda?

Berdasarkan Hierarki Keperluan Abraham Maslow, makanan merupakan antara perkara yang termasuk dalam keperluan yang paling besar untuk seorang manusia, iaitu keperluan fisiologi.

Selain makanan, manusia juga memerlukan air, tempat tinggal dan juga pakaian untuk kelangsungan hidup.

Oleh itu, dengan bajet yang lebih besar untuk pembelian makanan dan minuman, anda sebenarnya menunaikan salah satu tanggungjawab atau keperluan paling besar yang dikehendaki tubuh badan anda.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]