JPPM puas hati penjelasan MTUC, tarik balik penggantungan

MTUC diberi notis penggantungan pada Disember.

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memutuskan tiada tindakan susulan terhadap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), selepas mengumumkan penggantungan sementara badan kesatuan itu ditarik balik.

Dalam suratnya kepada MUTC, JPPM berkata ia berpuas hati dengan penjelasan badan itu mengenai isu-isu yang dibangkitkan JPPM.

JPPM juga mengarahkan MTUC mengadakan Persidangan Perwakilan Tritahunannya, mengatakan badan kesatuan itu akan dipantau bagi memastikan acara itu diadakan mengikut perlembagaan MTUC.

“Keputusan JPPM menarik balik penggantungan dan menyahkan masalah pembatalan pendaftaran yang melanda MTUC 3 minggu kebelakan ini mewajarkan pendirian MTUC bahawa ia melaksanakan fungsinya secara bertanggungjawab dan boleh memberikan penjelasan yang memuaskan pertanyaan JPPM,” kata Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor dan Setiausaha Agung J Solomon dalam kenyataan.

JPPM pada Disember menggantung badan kesatuan itu susulan siasatan ke atas aduan mengenai salah urus dalam MTUC pada Julai, dan memberikan tempoh 30 hari kepadanya untuk menjelaskan kenapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan.

Penggantungan itu disebalik perselisihan antara MTUC dan Kementerian Sumber Manusia mengenai Rang Undang-undang Pembaharuan Undang-undang Buruh, yang menurut badan kesatuan itu diteruskan rundingan dengan pemegang taruh.

MTUC adalah kesatuan sekerja kebangsaan tertua di negara ini, menaungi 500,000 anggota menerusi kesatuan-kesatuan gabungan di serata industri dan sektor.

Ia diiktiraf kerajaan, menganggotai Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, dan menghantar perwakilan ke Pertubuhan Buruh Antarabangsa.