Kento Momota keluar hospital

PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor 1 dunia Kento Momota dan 3 lagi yang cedera dalam kemalangan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang dipercayai keluar daripada Hospital Putrajaya malam tadi.

Media yang mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita mengenai Momota yang akan pulang ke Jepun pada awal Rabu melihat 2 buah kenderaan konvoi tiba di sebuah hotel.

Seorang lelaki dengan pembalut luka dilihat keluar daripada salah sebuah daripada 2 kenderaan MPV tersebut. Mereka dipercayai ditemani beberapa pegawai rasmi badminton daripada Jepun dan Malaysia.

Pada kejadian 4.40 pagi semalam, van yang dalam membawa Momota dan 3 lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori, menyebabkan pemandu van B Nageswarau, 24, maut di tempat kejadian manakala Momota, pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35; pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42; dan William Thomas, 30, seorang operator sistem Hawkeye, mengalami kecederaan.

Momota menjuarai kejohanan Masters Malaysia dengan menumpaskan bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di peringkat akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad.