Malaysia Airlines gantung penerimaan pesawat Boeing 737 MAX

Malaysia Airlines sepatutnya menerima penghantaran pesawat Boeing 737 MAX pertamanya Julai ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini berkata, ia menggantung daripada menerima penghantaran 25 Boeing 737 MAX atas alasan penangguhan pesawat itu kembali beroperasi selepas larangan terbang pada tahun lalu susulan 2 nahas maut.

“Malaysia Airlines menggantung penghantaran tempahannya disebabkan pengeluaran 737-MAX dihentikan dan penangguhan kembali operasinya,” kata syarikat penerbangan negara itu menerusi e-mel.

Malaysia Airlines sepatutnya menerima penghantaran pesawat 737 MAX pertamanya Julai ini, tetapi ketua eksekutifnya tahun lalu berkata, tempoh untuk ia kembali beroperasi semula mungkin ditangguhkan.

Semalam, Boeing mengumumkan tempahan bersih tahunan terburuk dalam beberapa ini dekad ini dengan jumlah penghantaran pesawat terendah dalam 11 tahun ini susulan larangan terbang 737 MAX yang menyebabkan di jauh ketinggalan pesaing utamanya, Airbus.

Boeing tidak mengulas keputusan Malaysia Airlines menggantung penghantaran tempahannya.

Putrajaya sedang mencari pihak untuk membeli Malaysia Airlines yang dibelenggu hutang banyak dan masih dalam proses pemulihan daripada kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014.