Segera rumus rangka kerja insurans kesihatan sosial, badan gesa kerajaan

(File pic)

PETALING JAYA: Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial menggesa Putrajaya merumuskan suatu rangka kerja insurans kesihatan sosial susulan laporan syarikat-syarikat insurans akan mengumumkan premium lebih tinggi tahun ini ekoran peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Mohd Khalib berkata kurang daripada 30% rakyat ada insurans untuk penyakit berbahaya seperti kanser, menegaskan keperluan untuk inovasi dalam perkara itu.

“Suatu rangka kerja insurans kesihatan sosial akan kongsi dana dan risiko semua penduduk, dan memastikan mereka yang perlukan perlindungan perubatan menerimanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azrul berkata ia juga akan menjadi pesaing syarikat-syarikat insurans kesihatan swasta dan membantu menyederhanakan kos yang dikenakan penyedia penjagaan kesihatan swasta.

Beliau menambah persaingan daripada rangka kerja itu boleh mengawal kenasikan kos penjagaan kesihatan kerana ia akan mengehadkan bayaran kepada penyedia penjagaan kesihatan swasta pada “tahap yang lebih munasabah dan telus”.

“Orang boleh pilih untuk keluar daripada insurans kesihatan sosial jika mereka sudah ada perlindungan seperti itu dan lebih suka aturan sedia ada,” katanya.

Pada Rabu, FMT melaporkan rakyat akan perlu menbayar premium insurans perubatan lebih tinggi tahun ini selepas syarikat-syarikat utama mengatakan ada kenaikan dalam kos penjagaan kesihatan.

Syarikat dan ejen insurans memberitahu FMT langkah itu tidak boleh dielakkan kerana inflasi tinggi dalam kos perubatan dan hospitalisasi mutakhir ini, serta kemajuan teknologi dalam rawatan dan peningkatan jumlah pesakit.

Tahun lepas, tinjauan tentang trend perubatan oleh perunding insurans global, Willis Towers Watson mendapati Malaysia berada pada antara kedudukan tertinggi di Asia Tenggara dari segi jangkaan kenaikan kos perubatan.

Azul bimbang negara mencatatkan kadar inlfasi perubatan 13.6% tahun lepas sedangkan kadar inflasi umum sekitar 2%, menjadikan Malaysia satu-satu negara Asia Tenggara yang mencatatkan kadar dua angka.

“Hakikatnya premium yang meningkat disebabkan syarikat-syarikat insurans melepaskan kos untuk didiagnosis dan penerimaan rawatan di fasiliti penjagaan kesihatan swasta yang semakin meningkat dan caj-caj yang dikenakan pentadbir pihak ke-3 kepada pemegang polisi.”

Beliau berkata pemegang polisi sedia ada sama ada perlu mengurangkan liputan insurans atau keluar terus kerana peningkatan premium itu, dan menambah ini tidak memberi manfaat kepada penyedia penjagaan kesihatan dan syarikat-syarikat insurans.

“Mesti ada tolak asnur antara semua pihak terlibat bagi mengawal kos.”